Hello world!

Posted: Oktober 23, 2010 in Uncategorized

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Understanding computer technology is easy

[home]


[SN220]
Kerajaan 1Malaysia sehingga kini masih memekakkan
telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap
kebenaran (lesen) judi yang mereka keluarkan kepada Berjaya Group
sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung nanti. Di sebalik
dakwaan Najib bahawa konsep 1Malaysia-nya selari dengan Islam, namun apa
yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan Najib semakin hari semakin
dipenuhi maksiat. Judi yang Allah sifatkan sebagai rijsun (najis) kini
terlihat jelas memenuhi wajah pemimpin Malaysia. Inilah ‘hadiah’ dari
sistem demokrasi kepada rakyat Malaysia di mana mengikut demokrasi,
pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat
undang-undang. Kerajaan secara kolektif, dan para menteri secara
individu memiliki kuasa penuh untuk membuat undang-undang mengikut kuasa
yang diperuntukkan kepada mereka di bawah hukum demokrasi.

[HOME][BACA SETERUSNYA]

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan
masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina,
bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat
pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang
dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain,
bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan
rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar
dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam
menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau
kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam
dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,
Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam
kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan
dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan
zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan
aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan
pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa
senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara,
terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran,
kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak
merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi
masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah,
rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan
institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian
disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah,
Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti
Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di
Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga
mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui
agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit,
isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia
dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA
ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan
ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut
ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah
Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak
separuh yang lain.

 
 
Kalau hanya bercakap membina masjid, di
United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada
masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun
pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana
itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular,
sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat
bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini,
supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin
UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek
Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang
UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin
menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari
Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti
amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil
tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan
terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak,
judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin
Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu
pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH
memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO
menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih
wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya
merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka
supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya
mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu,
maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti
kepada mereka.

Dato’ Haji Harun Bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

[HOME]

Why wake up for Fajar Solah?

A man woke up early in order to pray
the Fajr Prayer  at the masjid. He got dressed, made his ablution and
was on his way to the masjid. On his way to the masjid, the man fell
and his clothes got dirty.

He got up, brushed himself off, and
headed home. At home, he changed his clothes, made his ablution, and
was, again, on his way to the masjid.

On his way to the
masjid, he fell again and at the same spot! He, again, got up, brushed
himself off and headed home. At home he, once again, changed his clothes, made his ablution and was on his way to the masjid.

On
his way to the masjid, he met a man holding a lamp. He asked the man of
his identity and the man replied I saw you fall twice on your way to
the masjid, so I brought a lamp so I can light your way.’ The first man
thanked him profusively and the two where on their way to the masjid.

Once
at the masjid, the first man asked the man with the lamp to come in and
pray Fajr with him. The second man refused. The first man asked him a
couple more times and, again, the answer was the same. The first man
asked him why he did not wish to come in and pray. The man replied,

‘I am Satan (devil/evil)’

The man was shocked at this reply.Satan went on to explain, ‘I saw you on your way to the masjid and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the masjid, Allah forgave all of your sins. I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home, but rather, you went back on your way to the masjid.
Because of that, Allah forgave all the sins of the people of your household.

I was AFRAID if i made you fall one more time, then Allah will forgive the sins of the people of your village, so i made sure that you reached the masjid safely!’
So do not let Satan benefit from his actions. Do not put off a good that you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

[HOME]

Rahsia Jari Kita

Posted: Mei 8, 2010 in Self Enrichment
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di
sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari
anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan … "Allahu
Akbar"
sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti
dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu
di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil
dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil
kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah
daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan
yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti
dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang
datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri
hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan
sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap
jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman.Mereka makan ‘garam’ terlebih dahulu dari kita. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good"
atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke
atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan
fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

[HOME]

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Posted: Mei 8, 2010 in Uncategorized
Jodoh tiada kaitan dengan
keturunan. Hanya belum sampai
masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang
jambatannya,
jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa-apa
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah
itu
Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita
jahat
untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang
beriman.

Biar lambat jodoh
asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa
lelaki
yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia
juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu
kereta
mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya,
apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai
karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa
membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun
mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat
sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan
bilakah
dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu
benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga
datang
sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebagai saluran yang
betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin
hidupnya
semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan
kaki kea
lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke
neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya
mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri
tidak usah berkahwin
dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah
dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah
dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak
bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

 Berkahwin itu indah
dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin
itu
menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk
menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari
ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana
perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar
jemputan
itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan
matahari, Dia datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan
tidak
mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi
ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih
ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan
yang
paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil,
keburukan
yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai
tidak dapat melihat, tak
guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan 
teliti sebelum pergi mengundur diri kerana
segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

[HOME]